Friday, January 7, 2011

minggu orientasi form 1 :)

assalamualaikum


sepanjang minggu ni tak masuk kelas sebab budak form 1 ada minggu orientasi , so aku kena bertugas jadi fasi . ada beberapa hari je kot aku masuk kelas , haha ;D best jadi fasi , mula-mula jadi maluu , haha :D bilaa dah hari kedua okay . 


aku jadi fasi untuk group ke 7 . semua group kena pilih nama kumpulan berdasar kan nama buah . group aku pilih buah NENAS . budak-budak tuu yang pilih sendiri , aku tak masuk campur pon . group nenas terdiri daripada 8 orang iaitu Fariq , Ilyas , Fahmi , Naim , Rashidan , Ainur dan ada lagi 2 orang tuu lupa nama dia apa sebab dorang pendiam laa . fariq , ilyas , fahmi dan naim je yang banyak cakap and banyak bagi idea untuk group tuu . lagi-lagi fariq si muka petak tak reti nak diam lansung ! banyak cakap ! suka buli aku ! dan baru aku perasan semalam yang fariq ada tahi lalat dekat atas bibir tuu yang mulut dia tak reti diam ! haha :D 


masa hari pertama orientasi budak form 1 dibahagi kepada beberapa group . lepas tuu kena lantik seorang ketua dan penolong serta pilih nama group . aku lantik fariq jadi ketua ilyas jadi penolong ! masa hari kedua setiap group kena lukis logo berdasarkan nama group dan kena buat trade mark dengan motto . masa hari yang ke tiga orientasi semua group kena present dorang punya logo dan maksudnya , motto dan trade mark . group aku takde trade mark ! nasib baik tak kena buat chicken dance atas pentas kalau tak dengan aku aku kena join dorang buat ! malu gilaa >_< hari last pulak semua group kena buat persembahan . kena cabut undi dan group aku kena buat nyanyian . hee . selamat laa nyanyian senang sikit . dorang nyanyi lagi Sofia Jane . dorang yang pilih nak nyanyi lagu tuu .



lirik lagu Sofia Jane yang ditulis oleh salah seorang ahli group nenas , naim yang tulis kalau tak silap . lirik untuk bekalan masa atas pentas sebab ada duatigaempat yang tak ingat sangat lagu ni . yang betul-betul ingat pon fariq , naim dengan fahmi je kot . yang pegang mikrofon fahmi dengan fariq . cehh dorang nyanyi siap feeling lagi . hahaha :D apa-apa pon BEST gilaaa jadi fasi !! lagi-lagi jadi fasi group NENAS ! group NENAS memang TERBAIK laaaaaaa :)

p/s : saya masih lagi merindui si'dia' :'(


  

Terima Kasih , Gracias , Arigato Gozaimas , Gamsa-hamnida , Syukron ♥

No comments:

Post a Comment